Thursday, December 22, 2011

how do i answers the 87 per day "kenapa" question!s


Amna obviously adalah anak yang sangat suka bertanya, yes she did, and she can really drive you crazy with all the “kenapa” and “why” questions. Yes its true children at her age do ask questions a lot, but there is also a point at which you cannot answer everything, especially masa ibu dia tengok Hindustan! Just not a right time gal :P. there is one day masa kitorg tengok cerita boothnath, cerita hantu Amita Bachan, She asked me “kenapa hantu ni boy ibu?” yes you can just ignore the first question by pretending you didn’t hear it tapi kalau dah sampai pegang muka ibu mata bertentang mata begging for answers, ibu senang je jawab “adik kejap lagi hantu ni jadi gal nanti kita tunggu ya” (Fokus sangat penting dalam penontonan filem Hindustan ya)

So, I find myself constantly trying to come up with thoughtful answers to the daily bombarded of question bombs. Here they are:

1. Kenapa? Adik rasa kenapa? - I use this one a lot, especially when I believe she can reason through an answer on her own.

Amna : kenapa tangan onyang lembik2 ibu?

Me : adik rasa kenapa?

Amna: sebab onyang mandi slimming (swimming) pool lama lamalah.

Me: taklah adik, tangan onyang wrinkle sebab onyang dah tua

Amna: oooo ibu tak tua ke? ---------malas nak jawab boleh?--

2. Tak boleh ke? Contohnya bila amna tanya, kenapa ibu pakai tudung macam tu? So I answer kenapa tak boleh ke? So end of conversation. :P

3. Adik, kan ibu dah jawab tadi, When I say this, sometimes it works, but sometimes she’ll then say again, “tapi kenapa ibu?” –bila menghadapi situasi begini saya menasihatkan anda semua supaya banyakkan beristighfar.

4. Adik ibu dah tak larat nak jawab dah, adik tanya je boleh tapi ibu taknak jawab ok, ibu nak masak ni, kalau adik tanya lagi ibu masukkan adik dalam oven macam hensel and Gretel! But most of the time tiada halangan untuk soalan, she will keep bugging me with questions, but I will not respond to anything! Sampai dia give up and cari gaduh dengan raeez. I reserve this when I really need it, I’m a mom ok not a witch!

5. Adik - adik nak susu tak? This the best way ever, sumbat botol susu je senyap.

There is one day I explain to her that, “adik sometimes Ibu don’t have answers for everything, nanti adik besar macam ibu adik taulah, as usual explanation will followed by questions, and she said “nanti adik besar adik pakai cermin mata macam ibu tak?” –penatkan jadi ibu!

P/S I'm sure Allah has blessed us all with an inquisitive child, and if you have the magical solutions for the "why" questions, please share them with me. Semoga anak2 kita menjadi anak yang solehah penyejuk hati kita dan disayangi Allah!

Friday, March 18, 2011

All i want is the Fire Extinguisher!

....sorry it is not about designer bag or Designer shoes people!

......on 27 February 2011, a mother and daughter perished in the fire, it was reported that their housing area's gated entrance delayed firemen from rescuing them from their blazing Taman Sri Sinar home in Kepong. It is true that ajal, maut, jodoh, pertemuan di tangan tuhan but as muslim we have to be prepared and berusaha sebaiknya dan tidak hanya berserah kepada takdir. We are growing up in the society that dont really care about the home safety or Fire extinguisher, we know about CPR but never really know the proper way to perform it, we know about fire extinguisher because we watch western movie so much but we never care to keep it at home (i am one of the "we" too) for our own safety . The case of this women really touch my heart so i told Mr.Andy we should have this thing at home and Raeez, Amna, and Tini should know and learn the function of this thing. I want Raeez and Amna growing up and make it compulsory for them to have this thing at their home later for the sake of their family. so here come the list:-

1. Fire Extinguisher



2. Fire Blanket


3. Smoke Detector (Optional for me)

4. One whole set promotion for only RM 200.00!
you can also buy it at Tesco, HOUZ Depot, Carrefour

or buy online at

http://www.firefighter.com.my

SAVE LIVE! TAKE ACTION.



Monday, March 14, 2011

Funny Things he said!





i think that it is important for me to write its down as maybe i'll forget it other time, ibu cuma nak abang tahu, how adorable you are at the time, i know you'll be a great man one day, ibu rasa ibu kenatulis the funny things you said so satu hari nanti abang boleh baca balik dan tersenyum :P dan ingat kat ibu kat mana saja abang berada :-

Me : Abang Sayang ibu banyak mana?
Raeez : banyak macam cloud!

****

Tini (bibik) : Abang habiskan nasi tu abang, kesian nanti dia nangis...
Raeez : nasi kan tak ada eye bibik, macam mana dia boleh nangis




****

Raeez : ibu kat syurga ada apa?
Me : semua benda yang best ada kat syurga abang...
Raeez : ada ultraman tak? ada Dinasour x?
Me : ada....
Raeez : neraka ada fire kan ibu, panas kan ibu, ada dragon mulut dia keluar fire.....
Me : emm... ya
Raeez : abang nak masuk nerakalah ibu, nanti abang ada kuasa jadi ultraman boleh lawan
dragon....





****

Me : Abang dah besar nak jadi apa?
Raeez : kalau dah besar jadi gemuklah ibu.


****

Raeez : ibu, kawan abang kan tangan dia colur black...
Ibu : semua manusia tak sama warna abang
Raeez : manusia tu apa, kawan abang ke?

raeez with his BFF


****

Me : Good Night abang, ibu sayang abang tau....
Raeez : ibu sayang abang banyak mana?
Me : banyak macam ibu sayang adik..
Raeez : taknaklah, ibu sayanglah abang macam ibu elephant sayang anak elephant....
Me : ok

Thursday, March 10, 2011

Koc Tengah untuk Wanita Sahaja!


Sempena Hari Wanita ni banyak sungguh nota tentang wanita :). Pagi tadi semasa perjalanan ke office, dalam komuter middle coach, "middle coach for ladies only" dari station Batu Tiga saya terpaksa berdiri sebab coach wanita penuh dengan wanita (walau kadang2 ada jantina bukan wanita yang masuk), sampai station Subang Jaya, there is one pregnant lady, standing dengan beg galas laptop dibahu, muka pucat lesi, tercungap2, aku tahu rasanya macam mana perasaan ketika pregnant. Satu perkara yang amat membanggakan tentang rakyat Malaysia ialah tentang "kesopanan dan kesusilaanya" melepasi satu station masih tak ada seorang wanita perkasa pun bangun dan memberikan tempat duduknya pada this pregnant lady. Train berjalan lagi menyusuri station Setia Jaya, pregnant lady tadi masih berdiri walau perutnya benar2 di hadapana young chinese lady yang sihat lagi cergas.

Saya masih besabar walau bukan saya yang pregnant.......terpandang sticker tempat khas, kat situ ada gambar perempuan mengandung, orang cacat, perempuan yang carry baby, namun malangnya kesemua seat itu dipenuhi oleh mereka yang segar bugar tanpa isi di dalam perut mereka dan tanpa kedut di muka mereka. pendek kata mereka ini sangat sangat berkebolehan berdiri berbanding pregnat lady tadi. Hati saya menjadi semakin tak keruan, rasanya ada ntanggungjawab yang perlu dilunaskan, atas dasar prihatin dengan pregnant lady tadi, saya pun mula bersuara dan mula mencuit bahu the young chinese lady yang sedang duduk dengan bahagianya dan berkata "excuse me, (sambil tersenyum manis!) i think it would be very nice if you can give your seat to the pregnant lady (pointed on the pregnant lady tummy) sambil menjeling dia kata "chhiii siii dan sambung "i did't see her ok" i said "ok" lantas bangun memberikan tempat duduknya pada pregnant lady tadi. Kakak tu pun senyum dan cakap terima kasih pada saya. Gadis tadi mungkin sedang membenci saya, tapi saya tak kisah pun. Hari ni saya rasa bangga dengan diri sendiri.

Mungkin kita tak sedar dalam kesenangan dan kegembiraan kita pada hari ini masih ada insan2 kerdil yang amat2 memerlukan pertolongan kita. Masih ada si buta di kaki lima menyanyi mengharapkan bantuan, masih ada warga2 tua di hujung kampung yang hidupnya daif tanpa bantuan, masih ada ibu ibu tunggal yang ditinggalkan tanpa haluan......hidup sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada bukan merungut tentang kekurangan kita. Ingatkan saya kalau saya lupa!



Tuesday, March 8, 2011

Wanita Wanita hebat!






Teristimewa untuk wanita wanita hebat di luar sana, saya sungguh beruntung dikelilingi oleh wanita-wanita hebat dan perkasa, ya padaku semua wanita di luar sana adalah insan-insan yang terlalu istimewa. memang benar banyak wanita hebat tersohor di luar sana yang telah dikenali duania, tapi kali ni saya ingin menceritakan perihal wanita2 hebat yang jarang sekali mendapat perhatian umum.

Perenggan Pertama

Antara wanita hebat yang aku kenal adalah pembantu rumah dari negara2 jiran. Padaku mereka adalah wanita hebat kerana demi mencari rezeki untuk memperbaiki kehidupan keluarga, mereka merantau beri-ribu batu, meninggalkan suami, anak2 dan keluarga di kampung. Mereka sanggup hidup di perantauan menaggung rasa rindu dan sayang tinggal bersama keluarga-keluarga yang begitu asing buat mereka. Dengan gaji yang tidak seberapa walau kadang beban kerjanya tidak terhingga, mereka kirimkan wang ke kampung untuk menggembirakan dan menyenangkan hati hati mereka di sana. Mereka sabar menjaga anak2 yang bukan darah daging mereka. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka? bolehkah kita menjadi tabah seperti mereka? ya mereka juga wanita-wanita hebat.





Perenggan Kedua
Wanita-wanita hebat yang kedua ialah wanita yang sanggup mengorbankan kerjaya demi tuntutan dan tanggungjawab pada keluarga. Mereka aadalah suri-suri rumah yang menjadi tiang seri rumah mereka. awal pagi mereka bangun, menyiapkan sarapan untuk keluarga, hantar anak kesekolah, mengemas rumah, memasak, semua tanggungjawab di rumah adalah di atas bahu mereka. Mereka adalah wanita perkasa yang sanggup mengorbankan kepentingan diri mereka sendiri demi jaminan keluarga yang lebih sempurna. Ada di antara mereka yang berpelajaran tinggi hingga ke peringat Sarjana tetapi memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa kerana mereka merasa puas dan lebih bahagia dapat menguruskan rumah tangga. mungkin sesekali mereka terpaksa berhadapan dengan suara sumbang yang berkata "belajar penat2 tapi tak bekerjaya". Setiap manusia mempunyai pilihan mereka sendiri untuk merasa bahagia. berhenti menghakimi mereka!


Perenggan Ketiga

Wanita hebat yang ketiga ialah ibu-ibu tua yang tinggal sendirian di kampung di atas keinginan merekan sendiri. Mereka-mereka ini berbuat demikian bukan atas dasar berjauh hati atau merajuk deangan anak2 tapi mereka merasakan tempat mereka adalah ditempat mereka membesarkan anak2 mereka, mereka merasakan lebih tenteram tinggal di rumah usang menghabiskan sisa-sisa usia mereka. Walau di paksa oleh anak2, mereka tetap dengan pendirian mereka. PAda anak2 yang berhadapan dengan situasi begini cuba fahami mereka.


Perenggan Keempat

Wanita wanita yang bekerjaya yang dapat memainkan peranan sebagai Isteri ibu dan seorang pekerja yang baik. Pagi sebelum bekerja menyiapkan sarapan dan makan tengahahri untuk anak2, balik selepas pulang dari kerja dia terus menyediakn makan malam untuk keluarga. Wanita wanita seperti ini adalah wanita yang terbilang.
P/s : kakak saya Roslenda Rahim adalah wanita hebat perenggan keempat!




Perenggan Kelima
Wanita hebat yang kelima, adalah para wanita yang sedang dalam kondisi 'susah' dalam kehidupan keluarganya. Memang Rezeki, ajal, pertemuaan adalah kehendak yang maha esa tetapi wanita wanita ini tidak pernah kenal erti berputus asa. Agar dapur masih tetap berasap mereka ini terpaksa bekerja ekstra. Ada yang kerana wang gajinya entah dipakai untuk apa oleh si suami, mereka ini yang sanggup mencari part time job bekerja di restoran2 makanan segera atau seven eleven kerana tidak cukup mengharapkan pendapatan suami sahaja. Wanita wanita hebat ini berperah otak mengatur strategi bagaimana untuk memperolehi pendapatan yang lebih untuk keluarga demi untuk membahagiakan hati anak2.

Perenggan Terakhir
Di sebalik kehebatan wanita2 ini, mereka masih manusia biasa, dalam menjalani kehidupan mungkin terkadang hati mereka terluka dan merasakan masih tidak dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga. Ada hati yang kesepian, tersisih, menangis dan menyesali keadaan. Terkadang apabila mereka dikuasai kelemahan. Disitulah kita patut memainkan peranan, ingatkan mereka tentang kehebatan mereka! Katakan kepada mereka bahawa " kamu wanita hebat, pasti boleh menghadapi semua ini, kamu wanita hebat tetaplah bersemangat menjalani kehidupan ini!

p/s : saya masih belum sama hebatnya dengan wanita wanita di perenggan di atas. ingatkan saya ketika saya lupa!

Monday, March 7, 2011

Parenthood is much harder than it looks!






Currently Raeez and Amna love animals, dinasours (and ultraman). Like all kids (i guess!) they like to learn what sound animals make. When I pull off the animals book Amna pointed at the picture of the goat and asked me to make the noise (sound) of the goat, base on my 29th going to 30th of life experience the goat suppose to sound “mmmmmmbeeeekkkkkkkkkkkk”, when we flip to the next page raeez’s pointed on the picture of the sheep. Later he asked what kind of sound the sheep makes. For me there is no different between the sound of the sheep and the goat, both of the animal makes a “mmmbeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkk” sound, but for this two little me all animals should have their own individual sound, thankfully I was gifted for my “merepek” talent, I just exaggerated the sound of the sheep a little bit more like “mmmmmbrrrrreeekkkk….mmmmmbbbreeeekkkk “at least its sound different and they satisfied.

I also went through the hardest question when Raeez’s asked me the sound of the Starfish….emmmm this is too challenging! Do you have any idea what the noise starfish makes, I choose the sound of “blooppp…bloop…bloop” for fishes, Starfish cannot be sound similar as a fish, starfish is a starfish! Dulu masa sekolah the only song I learned is about an old man whose name Macdonald.

Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O And on his farm he had a cow, E-I-E-I-O
With a "moo-moo" here and a "moo-moo" there
Here a "moo" there a "moo"
Everywhere a "moo-moo"
Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O”

Sadly , the Old MacDonald do not have starfish, giraffe, iguana, squirrel, ants, worm, and flamingo on his farm and sometimes animals on his farm make confuse sound also my version of duck make a “quack….qucack…quackkk… sound” but this old man duck make a “cluck….cluck…” sound. Confusing huhhh!

Now can you make a sound of the cockroaches? You have no idea what a sound the cockroaches make? Good Luck! I still haven’t figured it out! Yes parenting is much more harder than it look.

It's not only children who grow. Parents do too. As much as we watch to see what our children do with their lives, they are watching us to see what we do with ours. I can't tell my children to reach for the sun. All I can do is reach for it, myself. ~Joyce Maynard~

Friday, March 4, 2011

Dilemma dia, kita dan kami.....





Pelik dengan sikap sesetengah wanita yang selalu merendahkan atau melabelkan wanita wanita lain. Kita semua tidak sempurna begitu juga dia, kamu dan kita. Mungkin kita tak perasan apa yang kita kata atau apa yang kita rasa sebenarnya telah membuat wanita lain merasa jauh hati atau sedih atau juga terkilan kerana wanita yang sepatutnya memahami mereka, wanita itu pula yang menyakiti mereka.

SITUASI PERTAMA

Seorang perempuan D boleh mempersoalkan sahabatnya seorang wanita A yang mengandung setahun satu, anak-anak itu rezeki Allah lah wahai wanita, Allah memberi sahabat kamu rezeki yang sebegitu rupa kerana dia istimewa, kerana Allah tahu dia wanita dan ibu yang hebat. Bukan hak kamu untuk melabelkanya atau menghakiminya. Dalam kes di pejabat pula wanita juga asyik mengata “ dia tu tiap-tiap tahun apply maternity leave” persoalanya sangat mudah jika kamu inginkan cuti yang banyak kamu mengandunglah lebih kerap, tak perlu mempersoalkan mereka, sedar atau tidak mempersoalkan mereka sama juga seperti mempersoalkan kebesaran Allah. P/S : Saya mempunyai 8 adik beradik (ya ibu saya wanita hebat!) semasa arwah ayah pergi meninggalkan kami, semua 8 orang anak-anaknya ada menguruskan jenazah, lebih istimewa lagi keempat2 anak lelaku serta menantu-menantu lelaki turut serta mengusung dan menguruskan jenazah sampai ke liang lahad. Alhamdulillah


SITUASI KEDUA

Seorang wanita Z mempersoalkan tentang sahabatnya seorang wanita B yang berpisah dengan suaminya. Kamu harus tahu setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin dah lama dia memendam rasa, mungkin memang benar dia tidak bahagia, mungkin sudah lama hatinya berduka. Berhenti menghakiminya sahabat.

SITUASI KETIGA

Seorang Wanita Q dilabelkan oleh Seorang Wanita tua H kerana walau sudah berkahwin untuk sekian lama masih tidak juga dikurniakan cahaya mata. Katanya “nak jaga badanlah tu, tak mampu lah tu, nak kekal cantik lah tu ini dan itu. Sekali lagi wanita, tahukah kamu dalam hati mereka amat terasa bila Nampak sahabat-sahabat lain sempurna berkeluarga apabila dikurniakan cahaya mata. Cuma mereka tak pasti bila masa yang dinantikan tiba. Mereka benar inginkanya tapi segalanya di atas kehendak yang Maha Esa. Cuba belajar untuk berhenti bertanya supaya mereka tidak terasa janggal atau perit untuk menjawabnya, cuba selami hati mereka agar kamu faham gelodak jiwanya. Satu perkara yang kamu boleh membantu ialah dengan cara berhenti bertanya dan sentiasa mendoakanya.

SITUASI KEEMPAT

Seorang wanita T (atau dua orang, atau tiga orang) masih bujang dah belum berkahwin pada usia yang wanita P, L, K dan N rasa sepatutnya sudah berkahwin. Wanita P menghakiminya dengan berkata “dia tu memilih sangat”. Wanita L pula berkata “dia nak yang kaya je” wanita K berkata “dia tu pentingkan kerjaya” bukankah pertemuan ajal dan maut di tangan Allah. Nanti pada satu masa bila jodohnya telah tiba mungkin kalau ditakdirkan dia akan menjadi madu pahit samaada buat wanita P, L, K atau N. maka akan dihakimi pula wanita T di atas status perampas dan isteri keduanya pula.


SITUASI KELIMA

Seorang wanita G dihakimi dengan cara dia membesarkan dan mendidik anak-anaknya. Setiap manusia adalah berbeza, kita dengan cara kita, dia dengan cara dia. Mungkin perempuan V merasa keperluan menjerit dan memekik semasa memarahi anak-anaknya, mungkin wanita Q rasa lebih bahagia memanjakan anak-anaknya, Wanita T pula rasa mebelanjakan wang yang banyak untuk membelikan pakaian dan mainan mahal utuk anak2-anaknya membuatkanya rasa gembira. Wanita F pula merasa anak-anak perlu cemerlang dalam akademik berbanding perkara2 lain. Apa pun wanita-wanita yang bergelar ibu itu rasa atau lakukan percayalah mereka ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka dan mereka ini ibu, mama, emak, ummi, mommy yang hebat dan perkasa.

SITUASI KEENAM

Wanita K mempersoalkan berat badan wanita W, sedangkan wanita K juga masih belum di tahap mempunyai berat badan yang ideal, semua wanita ingin kelihatan cantik dan menawan, tapi tak perlulah mempersoalkan tentang fizikal wanita lain, pastinya mereka juga inginkan apa yang kamu inginkan cuma interpretasi cantik itu berbeza. P/S : cuba puji sahabat wanita kamu hari ni mesti hatinya berbunga bunga.


Mungkin juga saya pernah terperangkap dalam situasi-situasi di atas, kerana saya juga wanita! Love you gals….