Wednesday, January 5, 2011

simply "anu"


Anu? cuba describe apa makna kalimah anu pada pandangan anda? sebagai anak jati Johor, selain perkataan "ek" perkataan "anu" adalah ungkapan atau ayat yang selalu disebut dalam hampir setiap ayat, tapi as dah terjadi orang KL sangat lama akak tak gunakanya. Last week akak balik JB nak tegelak pulak bila Pak Chik Amna a.k.a my brother tanya kat Amna "sapa anu amna ni?" pastu Pak Uda pulak tanya (My brother also) "abang raeez anu amna ke?" amna pun jadi pelik sebab konfius nak define "anu". "anu dalam konteks ni ialah "buat" kedua2 meereka nak tanya sapa buat amna, tapi disebabkan otak tak dapat mengeluarkan pekataan buat so pekataan "anu" digantikan.

Antara manusia yang paling suka menggunakan pekataan anu ialah nenek saya Pn Fadhlon (glamer kan nama dia) dia suka suruh orang isi tempat kosong dengan memahami "anu" yang dia maksudkan, anatarnya nenek suka cakap :-

  • "kau dah suruh dah dia anu baju kau?"
  • "tadi nek jumpa anu tu dia nak pegi anu, lama juga dia pergi"
  • "anu tu, tadi dia uang bagi kuih ni"
  • "beli gula sebungkus, tepung, lada 50 se dengan anu 2 ringgit"
kat Johor perkataan anu bisanya digunakan merujuk kepada perkara2 yang kita susah nak orally define, bendanya ada di kepala tapi mulut tak dapat lafazkan, so anu boleh jadi apa sahaja tidak terbatas kepada orang atau benda.

So be prepare kalau nak bekeluarga dengan orang Johor mungkin anda adalah "anu" yang dimaksudkan.

P/S : BM saya A1 masa SPM dan saya merasa skema sekarang.

2 comments:

Zaidi Al-Kashafi said...

anu ertinya:-
1. fulan, polan, contoh "Si anu tu, bila nak datang?";
2. thingy, contoh "Anu dia tu nampak ek?

Anonymous said...

Anu anu apa ila...Nanu Baharuddin kut??!