Friday, October 1, 2010

Ramadhan 1431 hari ke 15....


Semalam di Bazar Ramadhan aku memberikan raeez beberapa ringgit untuk diberikankan kepada orang2 kurang upaya yang ada pada hari tu, RM2 yg pertama raeez sedekah pada seorg "atok" buta yang bermain gendang sambil menyanyi "Bila Izrael datang memanggil jasad terbujur di pembaringan"..... dia berjalan dan masih mencari cari untuk siapa lagi diberikan duit yang kuberikan padanya, RM1 diberikan kepada rumah anak yatim (akupum krang pasti) tak sempat membaca tulisannya. kami berjalan berselang membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa, sampai di hujung jalan raeez memandang aku kemudian memandang seorang nenek tua bertudung hitam sambil bermain gendang, aku menganggukkan kepala tanda membenarkan dia memberikan beberapa ringgit terakhir yang masih ada di tangan, Raeez kemudianya memasukkan duit itu kedalam tabung duit nenek itu sambil memandang tepat dalam jarat lebih kurang satu jengkal ke dari muka nenek itu sambil berkata " ibu mana mata nenek ibu" aku mulanya diam, takut takut kalau nenek tu terasa hati, dia bertanya lagi "ibu mana mata nenek ibu , nenek tak ada matalah ibu, ibu tengoklah!" suamiku pantas menarik tangan raeez, tapi raeez masih tidak berpuas hati kerana tiada jawapan dari ayah dan ibu. Dia menolak tangan ayahnya lalu pergi lagi pada nenek tadi dan bertanya (dalam jarak yang sangat dekat) "nenek, mana mata nenek" nenek tua itu menjawap " nenek buta cu" raeez yg masih kurang jelas maksud buta terdiam, lalu nenek tua tu berkata lagi "nenek tak ada mata" raeez dengan selamba menjawab "Syian nenek tak ada mata kan ibu. ibu bagilah nenek ni mata kenapa kita bagi duit, bagilah nenek ni mata ibu!" aku sangat buntu, jawapan apalah yang nak bagi pada raeez ni...lalu aku berkata " Raeez ibu tak boleh bagi nenek mata sebab Allah yang bagi manusia mata" Raeez bertanya lagi "Kenapa Allah tak bagi nenek ni mata ibu, Allah tak sayang nenek ni ke?"......"Raeez Allah sayang semua orang cuma Allah tak bagi nenek tu mata supaya ada orang macam raeez (yang ada mata) boleh tolong dia, dan Allah sayang Raeez lebih banyak sebab Raeez bersedekah pada nenek tu...." dia terdiam mungkin berpuas hati dengan jawapan dariku......." Nabi s.a.w. bersabda:Maksudnya: “Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma,maka hendaklah dia lakukan.” (Hadis riwayat Muslim). Semoga satu hari nanti Raeez menjadi anak yang soleh, dan boleh jadi imam besar, penyejuk hati ibu dan ayah.......

2 comments:

Anonymous said...

tersentuh....

Centado said...

situasi yg menyentuh
dengan raez yg cerdik
dan ibu yg cekap