Tuesday, March 8, 2011

Wanita Wanita hebat!






Teristimewa untuk wanita wanita hebat di luar sana, saya sungguh beruntung dikelilingi oleh wanita-wanita hebat dan perkasa, ya padaku semua wanita di luar sana adalah insan-insan yang terlalu istimewa. memang benar banyak wanita hebat tersohor di luar sana yang telah dikenali duania, tapi kali ni saya ingin menceritakan perihal wanita2 hebat yang jarang sekali mendapat perhatian umum.

Perenggan Pertama

Antara wanita hebat yang aku kenal adalah pembantu rumah dari negara2 jiran. Padaku mereka adalah wanita hebat kerana demi mencari rezeki untuk memperbaiki kehidupan keluarga, mereka merantau beri-ribu batu, meninggalkan suami, anak2 dan keluarga di kampung. Mereka sanggup hidup di perantauan menaggung rasa rindu dan sayang tinggal bersama keluarga-keluarga yang begitu asing buat mereka. Dengan gaji yang tidak seberapa walau kadang beban kerjanya tidak terhingga, mereka kirimkan wang ke kampung untuk menggembirakan dan menyenangkan hati hati mereka di sana. Mereka sabar menjaga anak2 yang bukan darah daging mereka. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka? bolehkah kita menjadi tabah seperti mereka? ya mereka juga wanita-wanita hebat.





Perenggan Kedua
Wanita-wanita hebat yang kedua ialah wanita yang sanggup mengorbankan kerjaya demi tuntutan dan tanggungjawab pada keluarga. Mereka aadalah suri-suri rumah yang menjadi tiang seri rumah mereka. awal pagi mereka bangun, menyiapkan sarapan untuk keluarga, hantar anak kesekolah, mengemas rumah, memasak, semua tanggungjawab di rumah adalah di atas bahu mereka. Mereka adalah wanita perkasa yang sanggup mengorbankan kepentingan diri mereka sendiri demi jaminan keluarga yang lebih sempurna. Ada di antara mereka yang berpelajaran tinggi hingga ke peringat Sarjana tetapi memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa kerana mereka merasa puas dan lebih bahagia dapat menguruskan rumah tangga. mungkin sesekali mereka terpaksa berhadapan dengan suara sumbang yang berkata "belajar penat2 tapi tak bekerjaya". Setiap manusia mempunyai pilihan mereka sendiri untuk merasa bahagia. berhenti menghakimi mereka!


Perenggan Ketiga

Wanita hebat yang ketiga ialah ibu-ibu tua yang tinggal sendirian di kampung di atas keinginan merekan sendiri. Mereka-mereka ini berbuat demikian bukan atas dasar berjauh hati atau merajuk deangan anak2 tapi mereka merasakan tempat mereka adalah ditempat mereka membesarkan anak2 mereka, mereka merasakan lebih tenteram tinggal di rumah usang menghabiskan sisa-sisa usia mereka. Walau di paksa oleh anak2, mereka tetap dengan pendirian mereka. PAda anak2 yang berhadapan dengan situasi begini cuba fahami mereka.


Perenggan Keempat

Wanita wanita yang bekerjaya yang dapat memainkan peranan sebagai Isteri ibu dan seorang pekerja yang baik. Pagi sebelum bekerja menyiapkan sarapan dan makan tengahahri untuk anak2, balik selepas pulang dari kerja dia terus menyediakn makan malam untuk keluarga. Wanita wanita seperti ini adalah wanita yang terbilang.
P/s : kakak saya Roslenda Rahim adalah wanita hebat perenggan keempat!




Perenggan Kelima
Wanita hebat yang kelima, adalah para wanita yang sedang dalam kondisi 'susah' dalam kehidupan keluarganya. Memang Rezeki, ajal, pertemuaan adalah kehendak yang maha esa tetapi wanita wanita ini tidak pernah kenal erti berputus asa. Agar dapur masih tetap berasap mereka ini terpaksa bekerja ekstra. Ada yang kerana wang gajinya entah dipakai untuk apa oleh si suami, mereka ini yang sanggup mencari part time job bekerja di restoran2 makanan segera atau seven eleven kerana tidak cukup mengharapkan pendapatan suami sahaja. Wanita wanita hebat ini berperah otak mengatur strategi bagaimana untuk memperolehi pendapatan yang lebih untuk keluarga demi untuk membahagiakan hati anak2.

Perenggan Terakhir
Di sebalik kehebatan wanita2 ini, mereka masih manusia biasa, dalam menjalani kehidupan mungkin terkadang hati mereka terluka dan merasakan masih tidak dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga. Ada hati yang kesepian, tersisih, menangis dan menyesali keadaan. Terkadang apabila mereka dikuasai kelemahan. Disitulah kita patut memainkan peranan, ingatkan mereka tentang kehebatan mereka! Katakan kepada mereka bahawa " kamu wanita hebat, pasti boleh menghadapi semua ini, kamu wanita hebat tetaplah bersemangat menjalani kehidupan ini!

p/s : saya masih belum sama hebatnya dengan wanita wanita di perenggan di atas. ingatkan saya ketika saya lupa!

2 comments:

Anonymous said...

Tak tersenarai dalam mana-mana kategori diatas..

i is for ibu said...

kita hebat dengan cara kita sendiri!