Friday, March 4, 2011

Dilemma dia, kita dan kami.....





Pelik dengan sikap sesetengah wanita yang selalu merendahkan atau melabelkan wanita wanita lain. Kita semua tidak sempurna begitu juga dia, kamu dan kita. Mungkin kita tak perasan apa yang kita kata atau apa yang kita rasa sebenarnya telah membuat wanita lain merasa jauh hati atau sedih atau juga terkilan kerana wanita yang sepatutnya memahami mereka, wanita itu pula yang menyakiti mereka.

SITUASI PERTAMA

Seorang perempuan D boleh mempersoalkan sahabatnya seorang wanita A yang mengandung setahun satu, anak-anak itu rezeki Allah lah wahai wanita, Allah memberi sahabat kamu rezeki yang sebegitu rupa kerana dia istimewa, kerana Allah tahu dia wanita dan ibu yang hebat. Bukan hak kamu untuk melabelkanya atau menghakiminya. Dalam kes di pejabat pula wanita juga asyik mengata “ dia tu tiap-tiap tahun apply maternity leave” persoalanya sangat mudah jika kamu inginkan cuti yang banyak kamu mengandunglah lebih kerap, tak perlu mempersoalkan mereka, sedar atau tidak mempersoalkan mereka sama juga seperti mempersoalkan kebesaran Allah. P/S : Saya mempunyai 8 adik beradik (ya ibu saya wanita hebat!) semasa arwah ayah pergi meninggalkan kami, semua 8 orang anak-anaknya ada menguruskan jenazah, lebih istimewa lagi keempat2 anak lelaku serta menantu-menantu lelaki turut serta mengusung dan menguruskan jenazah sampai ke liang lahad. Alhamdulillah


SITUASI KEDUA

Seorang wanita Z mempersoalkan tentang sahabatnya seorang wanita B yang berpisah dengan suaminya. Kamu harus tahu setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin dah lama dia memendam rasa, mungkin memang benar dia tidak bahagia, mungkin sudah lama hatinya berduka. Berhenti menghakiminya sahabat.

SITUASI KETIGA

Seorang Wanita Q dilabelkan oleh Seorang Wanita tua H kerana walau sudah berkahwin untuk sekian lama masih tidak juga dikurniakan cahaya mata. Katanya “nak jaga badanlah tu, tak mampu lah tu, nak kekal cantik lah tu ini dan itu. Sekali lagi wanita, tahukah kamu dalam hati mereka amat terasa bila Nampak sahabat-sahabat lain sempurna berkeluarga apabila dikurniakan cahaya mata. Cuma mereka tak pasti bila masa yang dinantikan tiba. Mereka benar inginkanya tapi segalanya di atas kehendak yang Maha Esa. Cuba belajar untuk berhenti bertanya supaya mereka tidak terasa janggal atau perit untuk menjawabnya, cuba selami hati mereka agar kamu faham gelodak jiwanya. Satu perkara yang kamu boleh membantu ialah dengan cara berhenti bertanya dan sentiasa mendoakanya.

SITUASI KEEMPAT

Seorang wanita T (atau dua orang, atau tiga orang) masih bujang dah belum berkahwin pada usia yang wanita P, L, K dan N rasa sepatutnya sudah berkahwin. Wanita P menghakiminya dengan berkata “dia tu memilih sangat”. Wanita L pula berkata “dia nak yang kaya je” wanita K berkata “dia tu pentingkan kerjaya” bukankah pertemuan ajal dan maut di tangan Allah. Nanti pada satu masa bila jodohnya telah tiba mungkin kalau ditakdirkan dia akan menjadi madu pahit samaada buat wanita P, L, K atau N. maka akan dihakimi pula wanita T di atas status perampas dan isteri keduanya pula.


SITUASI KELIMA

Seorang wanita G dihakimi dengan cara dia membesarkan dan mendidik anak-anaknya. Setiap manusia adalah berbeza, kita dengan cara kita, dia dengan cara dia. Mungkin perempuan V merasa keperluan menjerit dan memekik semasa memarahi anak-anaknya, mungkin wanita Q rasa lebih bahagia memanjakan anak-anaknya, Wanita T pula rasa mebelanjakan wang yang banyak untuk membelikan pakaian dan mainan mahal utuk anak2-anaknya membuatkanya rasa gembira. Wanita F pula merasa anak-anak perlu cemerlang dalam akademik berbanding perkara2 lain. Apa pun wanita-wanita yang bergelar ibu itu rasa atau lakukan percayalah mereka ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka dan mereka ini ibu, mama, emak, ummi, mommy yang hebat dan perkasa.

SITUASI KEENAM

Wanita K mempersoalkan berat badan wanita W, sedangkan wanita K juga masih belum di tahap mempunyai berat badan yang ideal, semua wanita ingin kelihatan cantik dan menawan, tapi tak perlulah mempersoalkan tentang fizikal wanita lain, pastinya mereka juga inginkan apa yang kamu inginkan cuma interpretasi cantik itu berbeza. P/S : cuba puji sahabat wanita kamu hari ni mesti hatinya berbunga bunga.


Mungkin juga saya pernah terperangkap dalam situasi-situasi di atas, kerana saya juga wanita! Love you gals….

2 comments:

desperate mama said...

yup... saya juga mungkin antara contoh di atas... isk.. isk... isk...

Anonymous said...

saya dlm situasi ke-4..:(